Notatki do odcinka
Mengurus harta bukan sekadar tentang berapa banyak yang kita mampu kumpul, tetapi juga bagaimana kita menjaga, melindungi dan mengagihkannya mengikut tuntutan Islam.
Inisiatif Solusi Kewangan Islam ASNB merangkumi pelbagai aspek pengurusan harta, daripada pembayaran zakat dan perlindungan kewangan keluarga hinggalah kepada perancangan pewarisan harta. Kini, ASNB turut memudahkan pelabur Muslim menunaikan zakat melalui pengenalan Kelas B, yang membolehkan urusan pembayaran zakat diuruskan oleh ASNB.
Podcast Financial Faiz kali ini mengupas bagaimana pelabur boleh memahami pelaksanaan zakat…
Strona: podcasters.spotify.com

